Friday 28 December 2007

Winter Retreat 07

· 0 comments

A Malaysian gathering organised by MSM on the 21-23 December 2007 in Loughborough. About 18 brothers from Nottingham participated the event...

For those who miss, there is always next year!

Read More......

Take Precaution!!!

· 0 comments

Beberapa hari yang lalu ada antara rumah rakan kita yang dimasuki perompak. Lebih memburukkan keadaan, ia berlaku ketika penghuni masih berada di dalam rumah dan kes ini dilapor sebagai rompakan bersenjata. Kejadian tersebut berlaku tidak jauh dari kawasan Dunkirk. Alhamdulillah tiada sebarang kecedaraan berlaku. Tidak di nafikan lagi Dunkirk memang terkenal dengan kes seperti ini. Malah kes ini pernah berlaku beberapa kali kepada warga Malaysia di Dunkirk pada tahun 2006. Untuk pengetahuan semua Nottingham merupakan kawasan yang mempunyai jenayah tertinggi di UK sejak dua tahun lepas. Oleh yang demikian dinasihatkan supaya setiap orang mengambil langkah berjaga-jaga. Di sini ade beberape tips untuk mengelak kejadian seperti ini berulang.

  1. 1. Membiarkan lampu ruang tamu atau bilik sentiasa pasang.
  2. 2. Tutup langsir rumah untuk mengelakkan dalam rumah dari dilihat.
  3. 3. Pastikan kawasan disekitar rumah tidak gelap (well-lit).
  4. 4. Pastikan pintu dan tingkap dikunci di malam hari.
  5. 5. Minta tuan rumah pasang 'burglar alarm' or beli sendiri.
  6. 6. It doesn't cost a thing to check twice.
  7. 7. Amalkan membaca surah An-Naas dan Al-Falaq sebelum tidur.
Segala yang baik dan yang buruk datangnya daripada Allah. Semua berlaku adalah atas kehendak-Nya disebabkan kesilapan diri sendiri atau untuk kebaikan diri kita. Inilah peluang untuk kita muhasabah diri sendiri. Sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya. Katakanlah, "Aku berlindung kepada Tuhan yang memelihara manusia, yang menguasai manusia, Tuhan yang disembah manusia, dari kejahatan(bisikan) syaitan yang bersembunyi,yang membisikkan(kejahatan) ke dalam dada manusia dari jin dan manusia". (114: 1-6)

Read More......

Monday 17 December 2007

Star saves mosque

· 1 comments

Something to ponder... Malian striker Frederic Kanoute has splashed out more than US$700,000 to buy his own mosque in Spain. I am sure many of us knew or recognized him as he used to play for Tottenham Hotspur. Read more

Read More......

Sunday 16 December 2007

...just a reminder!!!

· 0 comments

This is just a reminder. Daily hadith telah di kemaskini ke dalam blog.

Kite sebagai manusia biase sentiase dilupakan dan lalai dengan kehidupan masing-masing yang tidak berpandukan sunnah Rasulullah. Sebagai umat Islam kita saling mengingati supaya kembali kepada yang jalan yang benar. So di harap kite same-same dapat membaca dan mengamalkan hadis-hadis tersebut. Semoga Allah memberkati usaha kita yang kecil ini.

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." H.R. Abu Daud dan Tirmizi Selamat becuti kpd warga notts!

Read More......

Sunday 2 December 2007

Cardiff Photos

· 3 comments

Enjoy the show!!!

Read More......

We are the Champions

· 3 comments

Tahniah kepada pasukan Nottingham kerana berjaya menjadi johan Piala Putera Cardiff.

Read More......

Official blog

· 0 comments

Selamat datang ke blog rasmi dunkirkies. Tujuan blog ini sebagai medium pengantara antara komuniti Dunkirk. Jom mari ramai-ramai warga dunkirk memeriahkan blog ini.

Ablanc aka Vice Capt.

Read More......