Wednesday, 30 January 2008

Duit scholar tak cukup?

· 1 comments

Budak PET: Apasal duit Pet tak naik naik?

Budak MARA: Mara masuk duit lambat la!

Budak medic: Budak engine banyak duit, dapat bursary!

Budak engine: School lain dapat bursary lagi banyak!

Budak Uni: Malas ar nak pegi lecture, dah lambat.

Little Bill: Rumah macam nak roboh, nak naik sewa!

The Dude: Dapur kecik ar!

Budak Dunkirk: Jauh ar Uni, tak larat jalan!

Beeston Road: Sejuk sangat rumah ni!

Budak UK: Apehal UK sejuk sangat ni? (duhh!)


Begitulah antara rungutan-rungutan yang kerap kali didengari atau kite sendiri laungkan. Salah siapa?

Tidak dinafikan memang sikap manusia yang tidak mudah berpuas hati dan sentiasa merasakan yang dirinya kekurangan. Menginginkan keselesaan dan kepuasan yang maksima. Dulu shuffle, kemudian nano, lepas ni touch. Iphone bile?

Kita leka dan hanyut dalam lautan nafsu yang sentiasa minta dipuaskan. Yang menyebabkan kita kerap memikirkan hal badan sendiri. Lihatlah dunia, berjuta lagi umat yang hidup sengsara, kelaparan dan tidak berpeluang merasai nikmat dunia.

Syukur kepada yang Esa adalah tinggi tahapnya, malah lebih tinggi dari amal ibadah yang lain. Bersyukur adalah tanda bahawa kita sentiasa mengingati Allah. Tidak lupa akan Tuhan yang mencipta dan sentiasa menyayangi hamba-Nya. Semakin kita mendekati Allah, semakin Allah mendekati kita.

Appreciate what you have.

www.miniature-earth.com

Read More......

Kelab.Bual


Free chat widget @ ShoutMix

Die.Hard.Fan

Locations of visitors to this page